PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DALAM BIDANG PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI UNIVERSITI TERKEMUKA DI MESIR

Asalamualaikum dan selamat sejahtera...

Semua ibu bapa mengimpikan supaya anak mereka dapat belajar di tempat yang baik selepas tamat SPM terutama dalam bidang perubatan yang mempunyai peluang pekerjaan yang cerah. Walaubagaimanapun ada sesetengah tidak mengetahui cara bagaimana dapat menghantar anak mengikuti pengajian dalam bidang tersebut.

Study Medic merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi menempatkan pelajar Malaysia yang layak untuk meyambung pengajian di luar negara serta menerima pelajar antarabangsa untuk belajar di Malaysia.

Mengapa Perlu Mengikuti Program Ijazah Perubatan Di Mesir

  • Pelajar lepasan SPM tidak memerlukan sijil Matrikulasi atau STPM untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda di Mesir
  • Kouta untuk bidang perubatan di Malaysia terlalu sedikit sedangkan permintaan terlalu tinggi
  • Malaysia masih kekurangan Doktor sedangkan matlamat wawasan 20 ialah 1 doktor : 400 pesakit berbanding sekarang yang masih jauh ketinggalan
  • Pelajar perubatan di Mesir lebih mantap teorinya berbanding mereka yang belajar di negara maju
  • Waktu cuti yang panjang bermula pada Julai hingga September setiap tahun
  • Yuran pembelajaran yang rendah berbanding yuran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan
  • Kos sara hidup yang rendah
  • Pelajar lepasan SPM tidak perlu mengambil Sijil Matrikulasi atau STPM untuk menyambung pengajian di Mesir
  • Selain dapat mempelajari ilmu perubatan, pelajar juga dapat mendalami ilmu Agama Islam
  • Universiti yang di iktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  • Sistem pembejalaran yang jauh lebih baik berbanding negara-negara maju seperti Russia
  • Taklimat Pengajian Perubatan, Pergigian & Farmasi Sesi 2014/2015

    KLUANG: Malaysia dijangka mampu mencapai nisbah seorang doktor bagi setiap 400 rakyat menjelang 2020, mengatasi sasaran ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menerusi keupayaan melahirkan 3,500 graduan perubatan setiap tahun.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ketika ini nisbah berkenaan berada pada kadar seorang doktor bagi setiap 800 penduduk (1:800) berbanding sasaran WHO iaitu 1:600. Katanya, nisbah 1:600 ditetapkan WHO berdasarkan jumlah penduduk, keadaan sosioekonomi, geografik, demografik serta teknologi perubatan negara ini. Keyakinan itu berdasarkan kemampuan kita melahirkan sehingga 3,500 graduan perubatan setiap tahun secara konsisten, sekali gus mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan setaraf negara maju. - Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan

    “Kementerian Kesihatan menyasarkan untuk mencapai kadar seorang doktor bagi setiap 400 penduduk negara ini (1:400) menjelang 2020, sekali gus mengatasi sasaran WHO.

    “Walaupun nisbah semasa menunjukkan kadar 1:800 atau 60 peratus daripada nisbah doktor yang ideal, kementerian yakin mampu mencatatkan nisbah disarankan WHO iaitu 1:600 menjelang 2015 dan menurunkannya kepada 1:400 menjelang 2020.

    “Keyakinan itu berdasarkan kemampuan negara kita melahirkan sehingga 3,500 graduan perubatan setahun secara konsisten, sekali gus mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan Malaysia setaraf negara maju,” katanya selepas melawat Hospital Kluang, di sini, semalam.

    Tiong Lai berkata, kementerian akan menambah 25 doktor termasuk pakar serta 150 kakitangan hospital, termasuk jururawat di Hospital Kluang bagi menampung kapasiti hospital itu sebagai hospital pakar. “Saya akan bertemu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat bagi menyegerakan kelulusan 25 doktor, termasuk pakar berkenaan supaya hospital ini mampu memberi perkhidmatan kesihatan terbaik dan bermutu kepada penduduk.

    “Kementerian turut membekalkan kelengkapan pengimbas CT Scan bernilai RM5 juta bagi membolehkan Hospital Kluang menawarkan perkhidmatan kesihatan bertaraf tinggi,” katanya.

    Sumber: Berita Harian

    JUMLAH pesakit di kalangan rakyat Malaysia kian meningkat tahun demi tahun. Bukan sahaja keluhan pesakit yang terpaksa menunggu lama di hospital dan klinik kerajaan bahkan ia turut berlaku di hospital swasta.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengakui perkara ini berlaku berikutan masalah kekurangan doktor pakar.

    "Masalah kekurangan kepakaran adalah dilema utama kita. Hampir setiap klinik pakar hospital mengalami masalah ini dan usaha menambah jumlah pakar sedia ada adalah satu cabaran besar.

    "Pesakit yang datang ke klinik pakar sekarang perlu membuat temu janji terlebih dulu mengikut giliran yang membabitkan jumlah pesakit yang ramai. Sudah pasti ia memberi kesan daripada segi tempoh masa memberikan rawatan. Di seluruh negara, kita hanya ada lebih kurang 2,500 doktor pakar.

    "Yang boleh saya katakan, jumlah ini terlalu kecil berbanding jumlah pesakit yang bertambah saban hari. Pun begitu, ia masih terkawal." kata Tiong Lai.

    Pada masa ini, kementerian cuba menyasarkan untuk melahirkan 800 pakar setiap tahun bagi menampung keperluan ini. Bukan setakat doktor pakar, malah usaha dipertingkatkan untuk menambah jumlah doktor sedia ada kerana ia juga tidak memadai dengan keperluan negara setakat ini. Untuk itu, kementerian akan berusaha melahirkan 4,500 doktor setiap tahun.

    Artikel Penuh: Utusan Online

    Jom LIKE Facebook Study Medic!

    Mengapa Anda Harus Memilih Study Medic?

    Senarai universiti yang diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

    Tempat tinggal yang selesa dilengkapi perabot dan perkakas elektrik

    Tuisyen bagi pelajar dibawah Study Medic bagi memantapkan ilmu setiap pelajar

    Talian internet bagi setiap pelajar bagi membolehkan pelajar mencari maklumat dan berhubung antara satu sama lain

    Perkhidmatan kiriman barang bagi memudahkan ibu dan bapa

    Penghantaran pelajar diuruskan sepenuhnya oleh pihak Study Medic

    Kadar yuran yang RENDAH berbanding pesaing lain dimana terdapat caj tersembunyi

    Subscribe to our mailing list

    * indicates required
    Close

    Petikan Utusan Malaysia 16 Febuari 2013

    Permohonan pelajar di Mesir dilulus

    PEKAN 16 Feb. - Kerajaan meluluskan elaun sara hidup kepada kira-kira 700 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Mesir yang sebelum ini hanya menerima tajaan untuk yuran pengajian.

    Khabar gembira itu diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Felcra Sri Makmur, dekat sini hari ini sebagai membuktikan satu lagi "Janji Ditepati".

    Menurut Najib, pemberian elaun itu susulan permohonan yang dikemukakan kumpulan pelajar berkenaan sewaktu lawatan beliau ke Kaherah, Mesir bulan lalu.

    Katanya, permohonan itu dibuat berikutan peningkatan kos sara hidup di negara tersebut selepas Arab Springs yang menyaksikan harga barang melambung dengan mendadak.

    "Masa saya melawat Kaherah tempoh hari, ada seorang pelajar minta Mara beri elaun sara hidup kerana ada yang tidak terima. Saya bertanya kenapa bangkit permintaan itu, dia kata sejak Arab Springs kos sara hidup telah melambung naik.

    "Dia bagi contoh sekilo daging RM40, beza dengan kita di Malaysia, dan inflasi juga naik mendadak hingga banyak belia di Mesir menganggur.

    "Mara telah pun diberi arahan supaya luluskan perkara ini. Maka tengok kita (Barisan Nasional), balik saja kita ambil tindakan, inilah bukti apa yang dikatakan Janji Ditepati," katanya.

    Yang hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

    Sementara itu, Najib dalam ucapannya mengajak rakyat melihat bagaimana perubahan yang berjaya adalah yang dilakukan secara sistematik, bermula dari atas ke bawah dengan didasarkan aspirasi rakyat.

    Sebaliknya, kata beliau, di mana-mana negara yang berlaku perubahan mendadak dari bawah disebabkan ledakan seperti revolusi, sejarah membuktikan apa yang diimpikan tidak semanis realiti.

    "Seperti kisah di Mesir yang menyaksikan selepas Arab Spring harga barang melambung, inflasi naik dan belia ramai tiada pekerjaan, ini berbeza dengan di Malaysia," jelas Perdana Menteri.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_03/Permohonan-pelajar-di-Mesir-dilulus#ixzz2LPnbhs3f © Utusan Melayu (M) Bhd

    Senarai Universiti Yang Diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

    Mesir

    Mansoura University

    Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan hanya SPM sekurang-kurangnya gred B dalam semua subjek.

    Alexandria University

    Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan hanya SPM sekurang-kurangnya gred B dalam semua subjek.

    Russia

    I.M. Sechenov First Moscow State Medical University

    Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan.

    Indonesia

    Universitas Airlangga

    Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan dan Pergigian. Bagi Farmasi, kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 6C dalam subjek sains dan PNGK 2.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf. Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.

    Universitas Sumatera Utara

    Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan dan Pergigian. Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.

    Universitas Padjadjaran

    Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan dan Pergigian. Bagi Farmasi, kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 6C dalam subjek sains dan PNGK 2.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf. Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.

    Institut Teknologi Bandung

    Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bidang yang ditawarkan adalah Farmasi selama 4 tahun. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 6C dalam subjek sains dan PNGK 2.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf. Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.

    Pengenalan Pengajian Program Mansoura-Manchester

    Universiti Mansoura menawarkan dua program bagi bidang perubatan iaitu: Conventional Program dan Manchester Program. Boleh dikatakan hampir semua universiti di Mesir menggunakan sistem Conventional kecuali Alexandria University.

    Untuk makluman semua, Manchester Program dan Conventional Program ini berbeza dari sudut silibus, cara pembelajaran serta cara belajar dan juga berlainan sistem peperiksaan. Walau berbeza cara, matlamatnya tetap jua sama – dah graduate jadi doktor juga. Insya-Allah.

    Dalam Manchester Program, terdapat dua sem untuk setahun. Setiap sem, para pelajar akan belajar satu topik, contohnya pelajar sem tiga, akan belajar topik cardio-respiratory fitness. Maka, sepanjang sem tiga tersebut akan belajar segala yang berkaitan dengan cardio-respiratory fitness - segenap sudut. Para pelajar diajar dengan menggunakan Program Based Learning (PBL).

    Apa itu PBL?

    PBL merupakan nama singkatan bagi Program Based Learning. Dalam program ni, pelajar akan diberikan satu kes setiap minggu, selalunya setiap sem ada 10 kes, maksudnya, total 20 kes untuk setahun. PBL, dalam bahasa mudah dan ringkas merupakan kumpulan kecil. Dalam setiap PBL, ada lebih kurang 11 orang, dan setiap PBL mempunyai mentor mereka sendiri yang terdiri daripada doktor universiti. PBL ni tempat untuk berbincang dengan ahli PBL masing-masing setelah menghadiri kuliah umum.

    Aktiviti sepanjang PBL

    Kes yang diberikan selalunya dalam bentuk karangan. Dalam bentuk karangan itulah terdapat segala maklumat mengenai pesakit, patients complain dan sebgainya. Ahli kumpulan PBL seterusnya, memilih seorang chairman untuk kendalikan kes PBL tersebut.

    Selalunya, PBL dimulakan dengan bacaan kes dari setiap ahli. Kemudian ahli kumpulan akan cari difficult words and try to define it, contohnya "dysphagia", "abscess", etc. Kemudian, chairman akan meminta ahli kumpulan mencadangkan objektif. Objektif tersebut merupakan assignment mingguan pelajar - e.g, physiology of pain etc. Objektif tersebut bukanlah setakat satu mahupun dua, boleh jadi berbelas-belas.

    PBL berikutnya, pelajar diminta untuk menjelaskan segala yang telah dipelajari hasil kajian (study) objektif bagi case tersebut pada ahli PBL lain, doktor cuma akan tambah sikit-sikit – sekadar mentor.

    Jadual harian

    Pelajar perlu menghadiri kuliah umum selama lebih kurang dua jam dan kelas praktikal selama sejam. Apabila dah sem tiga, pelajar didedahkan dengan pendedahan awal di hospital (chest department and radiological imaging) tapi bila sem enam baru ada early experience clinical (melibatkan pesakit).

    Dari mana nak dapat bahan belajar?

    Tidak ada buku yang wajib dibeli khas untuk program ini. Untuk buku, boleh saja beli buku department (macam conventional) takpun pinjam buku senior kemudian photostat ataupun boleh beli buku rujukan antarabangsa seperti: Netter Atlas and Guyton & Hall Physiology. Lecture notes, slides doktor dalam lecture merupakan eleman paling penting sebab slide itu lah guideline untuk belajar.

    Exam, macam mana pula?

    Jumlah kertas yang perlu diduduki oleh pelajar adalah sebanyak tiga kertas. Kertas pertama ialah MCQ, yang mana korang cuma perlu menghitamkan borang OMR tu. Kedua berbentuk kertas esei dan yang terakhir sekali OSCE exam. OSCE merupakan bentuk peperiksaan yang melibatkan practical lessons dan juga histology slide. Pelajar dikehendaki menjawab atas kertas asing berdasarkan soalan pada komputer.

    Syarat Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti di Mesir Sesi Akademik 2012/2013

    • 1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu :
    • Memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau gred B (SPM tahun 2011) dalam; (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah).
    • 2. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Mesir.
    • Ini adalah syarat minimum yang ditetapkan oleh KPT bagi memudahkan pelajar untuk mendapatkan Sijil Sokongan Luar Negara(SSLN).
    • Sijil Sokongan Luar negara (SSLN) merupakan satu syarat yang dikenakan kepada pelajar yang ingin mengikuti kursus-kursus di luar negara bagi menentukan mereka memenuhi syarat kelayakan minimum untuk mengikuti program pengajian ke luar negara. Ia juga digunakan untuk memperoleh visa pelajar daripada Kedutaan negara luar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan di negara berkaitan. SSLN diperkenalkan sejak tahun 2002.

    Yuran Pengajian Mengikut Bidang

    MESIR

    Mansoura

    Tahun

    Bayaran

    Kos Keseluruhan

    Mansoura-Manchester Medical(PBL)

    1
    2-6

    RM6400
    RM29,440

    RM153,600

    Pergigian

    1
    2-5

    RM25,600
    RM25,600

    RM128,000

    Farmasi

    1
    2-5

    RM25,600
    RM25,600

    RM128,000

    Alexandria

    Tahun

    Bayaran

    Kos Keseluruhan

    Perubatan

    1
    2-6

    RM25,600
    RM25,600

    RM153,600

    Pergigian

    1
    2-5

    RM25,600
    RM25,600

    RM128,000

    Farmasi

    1
    2-5

    RM25,600
    RM25,600

    RM128,000

    INDONESIA

    Airlangga

    Tahun

    Bayaran

    Kos Keseluruhan

    Perubatan

    1
    2-5
    5.5

    RM96,000
    RM24,681
    RM12,380

    RM207,064

    Pergigian

    1
    2-5

    RM80,000
    RM26,400

    RM185,776

    Farmasi

    1
    2-4

    RM44,800
    RM14,103

    RM87,109

    Sumatera Utara

    Tahun

    Bayaran

    Kos Keseluruhan

    Perubatan

    1
    2-5
    5.5

    RM60,800
    RM28,180
    RM14,103

    RM187,623

    Pergigian

    1
    2-5

    RM54,400
    RM14,103

    RM110,812

    Padjadjaran

    Tahun

    Bayaran

    Kos Keseluruhan

    Perubatan

    1
    2-3
    4
    5

    RM72,000
    RM22,400
    RM33,120
    RM22,400

    RM172,320

    Pergigian

    1
    2-4
    5
    5.5

    RM60,000
    RM16,000
    RM16,000
    RM9,600

    RM150,720

    Farmasi

    1
    2-4

    RM47,200
    RM12,800

    RM85,600

    Ins Teknologi Bandung

    Tahun

    Bayaran

    Kos Keseluruhan

    Farmasi

    1
    2-4

    RM32,000
    RM14,080

    RM72,240

    RUSSIA

    Russian State Medical University

    Tahun

    Bayaran

    Kos Keseluruhan

    Pra Perubatan

    1

    RM24,640

    RM24,640

    Perubatan

    1
    2-6

    RM22,800
    RM22,800

    RM137,280

    F.A.Q

    • Saya ingin belajar dalam bidang perubatan, Universiti manakah yang terbaik?

    • Kesemua universiti diatas adalah di iktiraf Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, namun dari segi yuran, kos sara hidup, kualiti pendidikan kami menyarankan Universiti Mansoura Mesir.

    • Saya mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak berkemampuan dari segi kewangan

    • Anda boleh mengeluarkan simpanan KWSP Ibu/Bapa dan pihak Study Medic akan menguruskannya.

    • Bolehkah saya mendapatkan biasiswa?

    • Pihak Study Medic mencadangkan supaya anda hubungi pihak penaja seperti Majlis Amanah Rakyat atau Kementerian Pengajian Tinggi.

    • Media menyatakan keadaan di Mesir agak huru-hara akibat rusuhan, adakah saya akan selamat berada di sana?

    • Kawasan penempatan pelajar adalah jauh dari tempat rusuhan berlaku, rusuhan adalah dari segelintir rakyat kepada pihak kerajaan Mesir dan tidak melibatkan pelajar luar. Namun begitu, anda juga perlu berhati-hati dan maklumkan kepada pihak pengurusan Study Medic di sana jika berlaku sebarang perkara yang tak di ingini.

    • Berapakah berat beg dan barang yang boleh saya bawa ketika penerbangan?

    • Berat maksima hand carry adalah 7kg, 2 bagasi seberat 23kg setiap satu manakala komputer riba serta bahan bacaan dikecualikan.

    • Bagaimanakah keadaan cuaca di mesir?

    • Musim Sejuk ketara November - Januari(Min 5°C) Musim Bunga Februari – April Musim Panas ketara Mei - Julai (Maksimum 40°C) Musim Luruh Ogos - Oktober

    • Adakah mudah untuk mendapatkan makanan Malaysia di sana?

    • Ada tetapi tidak banyak, sukar untuk mendapatkan makanan pedas.

    • Adakah Study Medic menyediakan perkhidmatan kiriman barang?

    • Ya. pihak kami menyediakan perkhidmatan kiriman barang serendah RM60/kg dan memakan masa 1 hingga 2 minggu untuk tiba di sana.

    • Bagaimana dengan kos sara hidup di Mesir?

    • Jika di Universiti Mansoura, kos hidup adalah rendah sekitar RM500 sebulan, namun bergantung kepada cara hidup pelajar itu sendiri.

    • Saya ingin belajar di Russia kerana yuran yang lebih murah?

    • Ya, tetapi kos sara hidup di sana tinggi, agak sukar mendapatkan makanan halal dan keadaan cuaca extream.

    • Selepas tamat pengajian perubatan, adakah saya boleh membuka klinik sendiri?

    • Anda perlu bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun di hospital kerajaan

    • Adakah pihak Study Medic menyediakan asrama kepada pelajar?

    • Ya, semua pelajar dibawah Study Medic akan tinggal dirumah yang kami sediakan. Perabot seperti mesin basuh, peti sejuk, katil, dapur, meja makan juga menjadi hak milik kekal pelajar.

    BlogPingTool.com medic mesir perubatan mesir study medic pergigian perubatan belajar bidang farmasi